Khamis, 2 September 2010

Isnin

30 Ogos 2010

Selepas balik dari PBS di SK Seri Gedong,

Kepala yang terasa berat bertan-tan ini terus kusemayamkan di atas bantal di ruang tamu rumah sewa.


Pukul 3 lebih baru terjaga. Aku lihat telefon bimbit.

Banyaknya miskol. 7 miskol dari ayah kalau tak salah.

Aku berfikir, kenapa ayah telefon aku banyak kali?


Tiba-tiba sesuatu terlintas di kepalaku.

DETIK YANG SANGAT KUTAKUTI..!!?!?


Ya ALLAH..!!

Hanya ALLAH yang tahu betapa cemasnya aku ketika itu.

Adakah detik yang sangat kutakuti itu sudah tiba??

Mereka sudah tua, tapi aku masih belum dapat melakukan apa untuk membalas jasa mereka...


Ya ALLAH...!!

Aku sangat cemas..

Nombor telefon rumah kudail dengan tergesa-gesa.

Kemudian kedengaran suara mak menjawab panggilanku.


Alhamdulillah..mak masih ada..

Aku terus bertanya perihal ayah..


YA ALLAH..

janganlah kau tibakan detik yang sangat aku takuti itu di waktu ini..

Aku masih belum bersedia..


huhhhhh...

Alhamdulillah…

Rupanya ayah telefon kerana mahu mengirim radix cafe, untuk aku bawa pulang nanti.



~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~



Sesungguhnya, detik pemergian kedua-dua insan yang kukasihi itu adalah antara detik yang paling kutakuti dalam hidupku. Aku baru sahaja memulakan kelakuan baik kepada mereka. Sebelum ini aku anak yang kurang ajar dan suka melawan. Mak sendiri kadang kala takut mahu bercakap denganku.


Namun begitu, musibah yang melanda pada akhir tahun lepas, (2009) banyak mengajarku akan hakitat segala-galanya. Biarpun aku perlu masa berbulan-bulan untuk sembuh dari luka itu, namun aku masih bersyukur kerana hasilnya sangat baik. ALLAH mentarbiyahku dengan kesilapan yang aku sendiri lakukan.


Alhamdulillah, kini aku sedar siapakah yang perlu lebih aku cintai.


Detik yang sangat kutakuti…


Ya ALLAH, panjangkanlah umur kedua ibu bapaku.. Agar aku dapat berbakti kepada keduanya. Agar aku dapat jadi anak yang soleh. Agar aku dapat masuk ke syurgamu bersama mereka. Amiinnn