Khamis, 22 Julai 2010

Salam perkenalan


Nama diberi Ahmad Zulhakim bin Md Dahalan. Dilahirkan ke dunia pada tanggal 3 November 1989 bersamaan 3 Rabiulakhir 1410 hari Jumaat jam 1.35 tengahari (ayah baru selesai beri khutbah jumaat).

Diciptakan Allah sebagai daie yang berbangsa Melayu berketurunan Jawa dengan berkat ikatan kasih dua insan mulia bernama Md Dahalan bin Raji dan Salamah binti Moklas.

Bersaudarakan 4 orang abang dan 4 orang kakak serta seorang adik perempuan, tanggungjawab menjadi daie insyaallah akan disempurnakan sebagai seorang guru matematik sekolah rendah menjelang 2013 nanti.


Menjadikan IPG KSAH sebagai medan dakwah sementara ketika masih belajar ilmu ke'muallim'an, BADAN DAKWAH DAN SURAU (BADAS) adalah jemaah yang dipilih sebagai saluran untuk menambah ilmu, meningkatkan iman, mengejar taqwa dan mengusahakan "al 'amru bil ma'ruf, wa annahy 'anil mungkar".

Bercita-cita untuk menjadi sebaik-baik ayah akhir zaman selain duduk bersama para anbiya' di hari akhirat, minat ditumpukan sepenuhnya dalam menguasai ilmu-ilmu fardhu ain biarpun sudah agak terlambat dan agak merangkak-rangkak.

Meyakini bahawa "Allah maha penerima taubat", kewajipan memperbaiki diri diusahakan bersama sahabat-sahabat rakan seperjuangan (BADASFORCE) dengan menjadikan Rumah Allah Daerah IPG KSAH sebagai pusat tarbiyah.